Separuh Pertama 2022 Yang Teruk, Para Jutawan Dunia Hilang $1.4 Trilion!

793

‘Bagi para jutawan kehilangan nilai begitu umpama tercicir 14 sen je.’

Merumuskan separuh pertama 2022, senarai 500 orang terkaya dunia mengalami penyusutan nilai kekayaan berjumlah $1.4 trilion iaitu kejatuhan 6 bulan paling teruk dalam kelas jutawan berprofil tinggi.

Penyusutan tersebut boleh digariskan daripada  langkah-langkah rangsangan yang diperkenalkan kerajaan dan bank pusat dalam mengadaptasi keadaan selepas pandemik Covid-19.

Ia secara tidak langsung membuatkan sentimen bertukar keruh terhadap prospek syarikat teknologi sehingga ke mata wang kripto.

Selain itu, kenaikan kadar faedah oleh bank pusat dalam memerangi inflasi juga menyebabkan sejumlah saham, yang dimiliki beberapa jutawan, mengalami penyusutan ketara sehingga memberi kesan kepada kekayaan mereka.

Memetik contoh, Tesla Inc mengalami suku terburuknya dalam tempoh 3 bulan hingga Jun manakala saham Amazon.com Inc menjunam paling banyak sejak dot com bubble.

Rentetan itu, manusia terkaya dunia Elon Musk, telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $62 bilion sementara Jeff Bezos susut $62 bilion pada separuh pertama tahun ini.

Namun, penyusutan tersebut tidak menjejaskan kedudukan para jutawan dalam Bloomberg Billionaires Index di mana:

  • Musk kekal peneraju senarai dengan nilai kekayaan $208.5 bilion.
  • Jeff Bezos di kedudukan ke-2 dengan nilai kekayaan $129.6 bilion.
  • Bernard Arnault di tempat ke-3 dengan nilai kekayaan $128.7 bilion.
  • Bill Gates berada di tempat ke-4 dengan nilai kekayaan  $115 bilion.

Ulas Thorne Perkin dari Papamarkou Wellner Asset Management, walaupun indeks S&P 500 mengalami penurunan terburuknya sejak 1970, nilai kekayaan terkumpul oleh kelas jutawan berprofil tinggi bukan sahaja mampu tampung kejatuhan malah mereka mungkin mencari peluang tawaran murah (bargain).

Terangnya, pemikiran para jutawan agak bertentangan di mana mereka mencari peluang apabila terdapat masalah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat