Sepatutnya Refund $100, Tapi Pelanggan Crypto.com Tersilap Terima $10.5 Juta!

433

“Banyak tu $10.5 juta, mungkin dia dah beli banyak benda dengan duit tu.”

Jatinder Singh yang berkahwin dengan seorang wanita Melbourne berusia 37 tahun bernama Thevamanogari Manivel telah diberikan jaminan oleh Mahkamah Daerah Victoria selepas tersilap menerima $10.5 juta dan bukannya bayaran balik $100 daripada syarikat exchanger Crypto.com.

Setelah $7 juta berjaya diperoleh semula, Konstabel Kanan Conor Healy berkata Singh mungkin telah melarikan baki dana tersebut, namun Hakim Daniel Holding tetap berkeras untuk memberikan jaminan.

Seperti dilaporkan pada bulan Ogos, Crypto.com didapati memulakan pertempuran undang-undang terhadap Manivel untuk mencari semula pulangan dana dibelanjakannya, di mana seorang pekerja Crypto.com secara tidak sengaja menghantar wang ke akaun bank beliau.

Namun semasa perbicaraan mahkamah, Manivel gagal untuk memulangkan dana susulan Singh memberitahunya bahawa beliau telah memenangi wang dalam pertandingan Crypto.com.

Susulan masing-masing mengaku tidak bersalah atas beberapa pertuduhan dihadapkan mereka, Manivel telah diikat jamin pada perbicaraan komital manakala Singh pula kekal dalam tahanan.

Walaupun pihak berkuasa berjaya memperoleh semula $7.3 juta, jumlah $3.1 juta masih belum dijelaskan sementara $2.2 juta dalam akaun luar pesisir.

Dalam pada itu, hakim tetap ingin memberi jaminan kepada mereka sungguhpun Konstabel Healy dan Pendakwa Peter Botros membantah ekoran Singh mungkin melarikan diri dari Australia susulan beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ataupun kediaman yang stabil.

Tegas Hakim Holding, Singh tidak akan dapat meninggalkan negara tersebut ekoran syarat ikat jamin memerlukan beliau menyerahkan pasportnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat