Serangan Balas Iran Akan Menjadi Mimpi Buruk Yang Bersejarah Buat Amerika Syarikat! – Shamkhani

1,921

Iran dilaporkan sedang menilai 13 senario untuk bertindak balas kepada Amerika Syarikat ekoran serangan udara di Baghdad oleh negara itu yang telah membunuh Qassem Soleimani pada Jumaat lalu.

Setiausaha Majlis Tertinggi Kebangsaan Iran, Ali Shamkhani memberitahu bahawa tiada maklumat lanjut yang boleh diberikan, tetapi operasi balas dendam untuk kematian Qassem Soleimani tidak akan berakhir dengan hanya satu operasi.

Shamkhani turut berkata bahawa perbincangan mengenai 13 senario untuk membalas dendam telah dibincangkan di Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, dan meskipun senario tindakan balas yang paling lemah dipersetujui oleh ahli majlis, pelaksanaannya boleh menjadi mimpi buruk yang bersejarah buat Amerika Syarikat.

Kenyataan ini telah mencetuskan kembali kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya perang antara dua negara itu.

Beliau juga mengatakan sebanyak 19 pangkalan iaitu 11 daripadanya yang berdekatan dengan sempadan timur dan barat Iran dan 8 pangkalan AS di utara dan selatan Iran, kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Kami sedar mengenai angkatan dan peralatan ketenteraan mereka, kami mengikuti setiap perkembangan terkecil mereka”, kata Shamkhani.

Sementara itu, penggubal undang-undang Jerman, Roderich Kiesewetter, berkata beberapa tentera Jerman akan ditarik balik dari Iraq buat sementara waktu manakala di Lubnan, kedutaan Amerika Syarikat kini sedang mengetatkan keselamatan sebagai persediaan kepada kemungkinan berlaku serangan balas Iran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat