Serangan Kilang Minyak Aramco Pengaruhi Sentimen Pasaran Tempatan

207

Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan hari ini dengan mencatat aliran positif dengan saham berkaitan minyak dan gas mendahului pasaran susulan serangan ke atas kilang pemprosesan minyak Arab Saudi pada Sabtu.

Pada jam 9.14 pagi, indeks FBM KLCI dibuka menokok sebanyak 4.55 mata kepada 1,605.80 berbanding 1,601.25 ketika ditutup pada Jumaat. Jumlah dagangan adalah sebanyak 482.743 juta unit yang bernilai RM200.518 juta.

Antara saham yang mendahului pasaran tempatan dengan peningkatan adalah Petronas Dagangan Bhd, Hengyuan Refining Company Bhd, Petronas Gas Bhd, Petron Malaysia Bhd, Petronas Chemical Bhd dan juga MISC Bhd.

Harga minyak mentah meningkat berikutan serangan ke atas kilang minyak Arab Saudi yang memberi kesan kepada hampir 5% bekalan minyak dunia dan telah meningkatkan kebimbangan terhadap risiko geopolitik.

Sementara itu, ringgit diniagakan sedikit rendah berbanding dolar AS dengan pelabur memantau perkembangan terhadap tindakan yang akan diambil oleh Arab Saudi berhubung isu serangan ke atas kilang minyak Aramco di samping menunggu keputusan Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah.

Unit tempatan dibuka rendah kepada 4.1710/1750 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1660 pada Jumaat.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8549/8590 daripada 3.8550/8581 manakala berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.0310/0350 daripada 3.0318/0345. Unit tempatan juga naik berbanding pound Britain kepada 5.1800/1866 daripada 5.1829/1883 dan menokok kepada 4.5919/5967 berbanding euro daripada 4.6205/6255.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat