Serba Dinamik Terus ‘Murung’

1,573

Saham Serba Dinamik Holdings Bhd susut sebanyak 6.5 sen atau 10.74% kepada paras terendah baharu iaitu 54 sen susulan aktiviti jualan yang berterusan berikutan masalah audit syarikat berkenaan.

Ketika sesi rehat tengah hari, kaunter itu mengalami penurunan sebanyak 55.5 sen, turun 5 sen atau 8.26%.

Kaunter itu merupakan saham yang paling aktif didagangkan pagi tadi, dengan 166.84 juta saham diniagakan.

Sejak isu audit tercetus, syarikat itu telah kehilangan RM3.93 bilion dalam nilai pasaran.

Menurut laporan minggu lalu, penganalisis UOB Kay Hian, Kong Hong Meng mengurangkan unjuran pendapatan untuk Serba Dinamik sebanyak 25% dan 19% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) serta FY23 kerana beliau percaya syarikat tersebut akan mengalami isu pembiayaan jangka pendek yang boleh menjejaskan pendapatannya.

Beliau mengekalkan saranan ‘hold’ terhadap saham Serba Dinamik.

Tekanan jualan terhadap Serba Dinamik berlanjutan setelah pengasasnya, Datuk Awang Daud Awang Putera pada Rabu dan Khamis minggu lalu menjual sejumlah 12.8 juta saham syarikat itu.

Susulan penjualan berkenaan, sahamnya berkurangan kepada 62.49 juta atau 1.69% daripada 75.29 juta atau 2.24% sebelum itu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan minggu lalu, Awang Daud berkata, beliau menjual sahamnya kerana ‘margin call’ dan menegaskan bahawa beliau yakin lembaga pengarah akan menjaga kepentingan pemegang saham.

Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual sejumlah 2.05 juta saham dalam Serba Dinamik antara 2 dan 8 Jun.

Selain itu, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menjual 26.18 juta sahamnya antara 31 Mei dan 1 Jun.

Aktiviti penjualan saham itu berlaku selepas KPMG mengemukakan persoalan tentang urus niaga terdahulu Serba Dinamik yang melebihi RM3 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat