Serum (SRM) Catat ATH Terbaru Dengan Lonjakan Lebih 120% Dalam 2 Hari

660

Ketika Solana (SOL) menunjukkan prestasi yang baik, Serum (SRM) juga turut tidak ketinggalan tampil dengan pergerakan positif sejak semalam.

Sebagai tambahan, Serum merupakan pertukaran desentralisasi (DEX) yang beroperasi di blockchain Solana.

Berdasarkan pemerhatian, harga SRM telah meroket sebanyak 127% sejak dua hari lalu daripada rekod terendah pada 24 April, $5 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $11.47 pada 26 April.

Pada masa yang sama jumlah dagangannya dalam 24 jam mencatatkan nilai cecah $1.621 bilion.

Boleh jadi pergerakan harga SRM ke ATH baru didorong oleh beberapa faktor termasuk yang terbaru, pertumbuhan jumlah antaramuka pengguna front-end seperti Bonfida (FIDA) dan Raydium (RAY) yang menawarkan akses terhadap book trading Serum.

Sebenarnya pengaksesan itu membantu meningkatkan lagi aktiviti keseluruhan di DEX, selain menjadikan nilai token lebih mahal.

Pada masa yang sama, Serum juga menawarkan peluang kepada holders untuk stake token mereka bagi mendapatkan keuntungan dan, menariknya token tersebut juga memiliki mekanisme beli dan bakar yang akan membantu mengurangkan bekalan kitaran. Ini dapat meningkatkan nilai token.

Ketika penulisan, dalam tempoh 24 jam masing-masing mencatatkan nilai: SOL ($45.80, susut lebih 2%) dan SRM ($10.75, meningkat lebih 40%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat