Serum (SRM) Kekal Berjuang Untuk Catat ATH terbaru!

440

Selasa yang lalu, menyaksikan pasaran kripto membuat penyusutan yang tidak dijangka.

Namun melihat dengan lebih jelas, Solana tidak terjejas dari penyusutan tersebut, begitu juga dengan Serum. Sepertinya hanya sedikit sahaja mendapat kesan dari penyusutan tersebut.

Serum adalah perisian pertukaran terpusat yang dibina di ekosistem blockchain Solana serta mendapat manfaat daripada kelajuan dan keberkesanan kos transaksi di blockchain.

Harga Serum juga dapat dikesan bergerak seiringan dengan Solana.

Sesi dagangan bulan September, Serum telah menghasilkan 74% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $12.20 yang hampir menembusi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sebelum ini $12.90.

Sementara itu, jom lihat carta pergerakan semasa harga SRM/USDT.

Sewaktu artikel analisa SRM dikeluarkan pada Ogos lalu, SRM didagangkan pada paras harga $3.8, secara konsistennya SRM telah menghasilkan 220% lonjakan sehingga kini.

Bagi sudut teknikal, nampaknya pergerakan harga kini menunjukkan trend penurunan dan sedang berlegar-legar di ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $10.5.

Sekiranya pergerakan harga SRM kekal dengan trend penurunan, zon SBR sekitar $10.5 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Namun jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend kenaikan, zon resistance sekitar $12 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji kembali sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Zon resistance sekitar $12 tersebut juga kemungkinan bakal menjadi penentu untuk SRM membuat lonjakan agresif dan membuat ATH terbaru jika berjaya di tembusi.

Sewaktu penulisan, SRM didagangkan pada harga sekitar $10 susut lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-126 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SRM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat