Server ‘Geng’ Ransomware Tumpas, $6.8 Juta BTC Dipindahkan!

3,183

Kumpulan Ransomware, Darkside dan Blackmatter baru-baru ini telah mengambil langkah untuk memindahkan Bitcoin yang bernilai jutaan dolar setelah mendapat laporan bahawa servers REvil mereka telah di ambil alih oleh pihak gabungan global agensi penguatkuasaan undang-undang.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa sebanyak 107 BTC yang berjumlah $ 6.8 juta telah dipindahkan awal hari ini dengan memecahkan ia kepada wallet yang berbeza. Para penggodam telah mebahagikan nilai BTC kepada 7 wallet yang berbeza dan pada hari apabila disemak, wallet ini telah dikosongkan.

Pihak berkuasa di sisi lain menyatakan bahawa mereka yakin bahawa dana ini masih dikendalikan oleh kumpulan Darkside dan Blackmatter yang sedang menunggu waktu yang tepat untuk ditukarkan kepada simpanan nilai yang lain.

Dana tersebut dipindahkan kira-kira enam jam setelah Reuters melaporkan bahwa pihak gabungan global agensi penguatkuasaan undang-undang yang terdiri dari beberapa negara berajaya merebut pemilikan server kumpulan ranswomware REvil.

Darkside adalah jenis ransomware yang dibangunkan oleh Revil Associates yang digunakan dalam insiden yang melumpuhkan operasi syarikat miyak dan gas Colonial Pipeline pada bulan Mei.

Tom Kellermann, seorang penasihat kepada Perkhidmatan Rahsia AS mengenai Penyiasatan Cybercrime dan Ketua VMware CyberSecurity strategi menyatakan bahawa pihak berkuasa sendang memantau dengan ketat tindakan salah laku seperti ini.

Laporan ini menjadi sebagai peringatan kepada para penggiat kripto untuk terus berjaga-jaga dan mengambil sikap yang berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat