Sesi Asia: Harga Minyak Stabil Selepas Melonjak Tinggi Semalam

35

Harga minyak didagangkan stabil dalam pasaran Asia pada hari Selasa didorong oleh pengetatan pasaran berikutan usaha Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam mengurangkan bekalan minyak, namun pengeluaran minyak syal U.S meningkat.

Pasaran hadapan Brent di ICE naik 1 sen atau 0.02% kepada $60.52 setong setakat jam 09.55 pagi. Harga minyak Brent naik menghampiri paras tertinggi sejak Julai 2015. Peningkatan ini melebihi 36% daripada paras terendah pada bulan Jun iaitu pada bacaan $45.54.

Harga kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober di New York Mercantile Exchange susut 10 sen atau 0.18% kepada $54.05 setong. Harga minyak mentah WTI menghampiri paras tertinggi sejak Februari dan meningkat sebanyak 28% sejak paras terendak bulan Jun 2017.

Menurut para pedagang peningkatan harga minyak Brent melebihi paras $60 setong didorong oleh usaha OPEC dan Rusia menghadkan pengeluaran minyak kepada 1.8 juta tong sehari. Hal ini bertujuan untuk mengetatkan pasaran dan menolak harga meningkat lebih tinggi.

Perjanjian pengurangan bekalan minyak akan tamat pada Mac 2018, namun Arab Saudi dan Rusia telah membuat kenyataan untuk mendukung lanjutan tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

OPEC dijangka akan bermesyuarat di Vienna,Austria pada 30 November ini.

Menurut penganalisis di Rivin Securities, ”jika inventori masih berkurangan dan permintaan terus meningkat, kekhuatiran terhadap lebihan pengeluran boleh bertukar kepada kekhuatiran kurangan pengeluaran, jika tiada apa-apa tindakan.”

Walaupun dengan sentimen pasaran yang positif, segelintir penganalisis juga memberi amaran.

Peningkatan pengeluaran minyak syal U.S dapat memberi kesan negatif kepada harga minyak dari jangka masa pertengahan ke jangka masa panjang.

Perbezaan $6.8 diskaun minyak WTI dengan minyak Brent disebabkan peningkatan pengeluaran minyak mentah U.S iaitu sebanyak 13% sejak pertengahan 2016 kepada 9.5 juta tong setiap hari.

Selain itu, Iraq juga telah meningkatkan eksport dari daerah selatan kepada 3.45 juta tong setiap hari bagi menutup kejatuhan pengeluaran dari daerah utara Kirkuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat