Sesi Asia: Indeks US Dolar Terus Di Tekan, Permintaan Yen Meningkat

43

Dolar lemah berbanding yen pada sesi Asia hari ini berikutan para pelabur bimbang dengan kemampuan pentandbiran Trump untuk mencapai agenda polisi ekonomi mereka.

Berita tentang serangan maut di Barcelona dan spekulasi terhadap perletakan jawatan penasihat ekonomi White House, Gary Cohn semalam sedikit menganggu sentimen pasaran menyebabkan banyak pelabur menjual ekuiti US dan meningkatkan permintaan terhadap bon safe-haven.

Beberapa jam kemudian, White House secara rasmi mengulas Gary Cohn akan kekal dalam jawatannya.

“Ini adalah dagangan risk-off yang sangat jelas”, kata ketua jualan Saxo Market Asia Pasifik Singapura, Tareck Horchani.

Pasaran Asia hari ini cuba menekan semula dolar kebawah selepas sentimen risiko dilihat hanya bersifat sementara apabila berita Gary Cohn yang kekal dengan jawatannya telah menolak semula dolar keatas walaupun telah jatuh berikutan data-data ekonomi US yang negatif secara keseluruhan.

Indeks dolar US jatuh 0.1% kepada $93.55 setakat 10.25 pagi.

Yen menguat dengan pasangan matawang USD/JPY susut 0.15% kepada 109.43, selepas jatuh sebanyak 0.6% semalam.

EUR/USD pula meningkat sedikit 0.09% kepada 1.1734  namun jatuh 0.8% sepanjang minggu ini, manakala GBPU/USD naik 0.09% kepada 1.2280

Euro telah jatuh ke paras terendah $1.1662 semalam selepas laporan minit mesyuarat ECB bulan Julai menyatakan kebimbangan terhadap potensi untuk pasaran mencapai lebih daripada yang disasarkan bank pusat (market overshooting), terutamanya dalam pasaran matawang.

 

Walaupun euro rugi pada minggu ini, namun masih meningkat lebih daripada 11% pada tahun ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat