Sesi Asia Menyaksikan Kebangkitan Dari Logam Kegemaran Semua!

43

Emas mengukuh dalam sesi Asia sebaik sahaja data PMI China dikeluarkan positif.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex meningkat sebanyak 0.35%.

Juga di Comex, silver meningkat, sebaliknya copper merosot.

Ketidaktentuan pasaran berikutan siasatan emel peribadi milik Hillary Clinton turut memberi kesan pada emas sebelum ini. Emas meningkat sedikit apabila US Dollar melemah gara-gara isu kentroversi tersebut.

Sementara itu, walaupun pasaran menjangkakan tiada kenaikan kadar akan diumumkan pada mesyuarat Fed kali ini, pertemuan dua hari Fed itu masih dianggap penting. Fed dikatakan tidak akan menaikkan kadar kerana mesyuarat kali ini begitu hampir dengan musim pilhanraya presiden AS.

Dalam masa yang sama, traders hanya menjangkakan kenaikan kadar sebanyak 10% sahaja bagi bulan ini dan 78% bagi bulan Disember. Jadi, apa jangkaan anda pula?

Ini Serba Sedikit Penjelasan Ringkas Mengenai Penetapan Kadar Oleh RBA!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat