Sesi Asia: Pasaran Forex Tenang Selepas Indeks USD Jatuh 0.39% Semalam

80

Aussie didagang sedikit rendah pada awal pembukaan pasaran hari Selasa dengan ketiadaan data-data penting sepanjang pasaran Asia dan tumpuan para pelabur kepada kelemahan dolar dalam menghadapi masalah geopolitik baru yang melanda U.S

Pasangan matawang AUD/USD susut 0.03% kepada 0.7936 manakala USD/JPY meningkat 0.07% kepada 109.05 setakat jam 8.00 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain tutup di paras 93.00 selepas susut 0.39% dalam sesi pasaran yang lepas.

Semalam, dolar lemah berikutan peningkatan terhadap permintaan matawang safe-haven (yen dan swiss franc) selepas tekanan yang baru muncul di sekitar semenanjung Korea disebabkan oleh latihan ketenteraan berkomputer US-Korea Selatan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Risiko terhadap dolar muncul selepas ketua negara Korea Utara, Kim Jong Un menyatakan beliau menganggap latihan tersebut sebagai persediaan untuk menyerang dan memberi amaran “Perang Korea Kedua” jika Amerika dan Korea Selatan tetap meneruskannya.

Selain itu, sentimen terus menekan greenback apabila data pembuatan Chicago lemah diluar jangkaan. Indeks aktiviti Chicago Fed, yang mengukur aktivit ekonomi dan unjuran inflasi, turun 0.1% berbanding jangkaan 0.15% pada bulan yang lepas.

Sterling dan euro turut mengambil kesempatan atas kelemahan dolar pada awal minggu ini dengan kedua-dua matawang naik 90 pips menghampiri paras tertinggi Khamis lepas.

Dolar merosot menjelang data-data penting pertemuan penting yang akan berlangsung pada hari-hari akhir pasaran, termasuk ucapan daripada pengerusi bank pusat Janet Yellen dan Mario Draghi yang dijangka akan memberi hala tuju yang lebih jelas terhadap dolar.

Latihan Ketenteraan Korea Selatan-US, Pyongyang Beri Ancaman “Perang Korea Kedua”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat