Sesiapa Yang Mempunyai Position Dalam Emas Pasti Bimbang Dengan Keadaan Ini

53

Emas mula memasuki pasaran bear apabila jangkaan kenaikan kadar oleh Fed terus memberi pengukuhan buat US Dollar.

Emas bagi penghantaran Disember menyusut 0.85% kepada 1,206.55 satu troy ounce. Harga copper di Comex juga menyusut sebanyak 0.97%. Pelabur ini kini menjangkakan 95.4% peluang kenaikan kadar pada mesyuarat 13 hingga 14 Disember nanti.

Semalam, harga emas menjunam setelah ucapan Janet Yellen dan data positif dari AS.

Jabatan Buruh mengatakan bahawa tuntutan pengangguran awal bagi minggu berakhir 12 November jatuh sebanyak 19,000 kepada 235,000. Sedangkan sebelum ini penganalisis menjangkakan jumlah pengangguran meningkat sebanyak 3,000 kepada 257,000.

Secara berasingan, Jabatan Perdagangan berkata bahawa data perumahan melonjak pada bulan Oktober. Data harga pengguna juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4%.

Terdahulu, Yellen memberi amaran tentang bahaya menunggu terlalu lama untuk mengetatkan dasar monetari. Kenyataan yang hadir selepas komen daripada Fed Philadelphia itu dilihat lebih memihak kepada peningkatan kadar.

Pun begitu, Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester tidak memberi tindak balas yang terlalu agresif ekoran keputusan mengejut daripada pilhanraya yang lepas.

Ucapan Optimis Yellen Menguatkan Dollar US

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat