Setakat 2 Minggu, GBP/USD Telah Merekodkan Terjunan Sehingga 1,200 Pips!

613

Pada Selasa, Kerajaan UK telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 330 bilion Pound untuk menyokong ekonomi yang sedang terjejas dan mengalami kemerosotan.

Susulan itu, kebimbangan pelabur yang mulai reda telah melihatkan sedikit peningkatan terhadap nilai dagangan matawang Sterling.

Bank pusat England pula telah mengumumkan langkah pelonggaran dengan memperkenalkan skim pinjaman terbaru untuk menyokong kewangan jangka pendek bagi perniagaan-perniagaan yang terkesan oleh Coronavirus.

Walaupun mencatat kenaikan, namun dagangan Pound masih kekal bergerak lemah dalam pasaran. Berbanding US dolar, Pound terus diniagakan menurun seperti yang dipamerkan pada carta pasangan matawang GBP/USD.

Sejak 9 Mac awal minggu yang lalu, dagangan GBP/USD telah mengalami kejatuhan sehingga 1,200 pips dari paras ketinggian 1.32000.

Harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) jika dilihat pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD menunjukkan isyarat trend kekal bearish.

Harga terus membuat penurunan ke paras terendah terbaru 6 bulan pada dagangan semalam sekitar paras 1.20000.

Kenaikan harga kembali dipamerkan pada sesi New York semalam sebelum mendatar pada sesi Asia pagi ini, namun harga dilihat kembali menyambung penurunan pada sesi Eropah dan menguji paras terendah harian semalam.

Penurunan dilihat akan cuba melepasi paras 1.39600 yang merupakan paras support harga pada dagangan terendah Ogos 2016 yang lalu sebelum harga mencatatkan paras terendah terbaru.

Namun jika zon support tersebut gagal ditembusi dan harga kembali membuat kenaikan melepasi halangan dinamik MA50, isyarat perubahan trend bakal berlaku.

Harga akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.22000 sebelum kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menuju paras 1.25000 atau ke paras lebih tinggi lagi.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat