Setapak Ke Depan, JPMorgan Wujudkan Wallet Kripto!

115

Bank terbesar di Amerika Syarikat (AS), JPMorgan Chase & Co. yang memohon pendaftaran paten bagi melibatkan diri dalam Web3 dengan mewujudkan wallet kripto digital telah diluluskan oleh Peguam Paten dan Tanda Dagangan AS, Michael Kondoudis.

Langkah mewujudkan wallet kripto tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan seperti pemindahan mata wang maya dan transaksi, pemprosesan pembayaran kripto, semakan akaun maya serta perkhidmatan kewangan.

Malah, bank tersebut akan turut meneruskan perkembangan perkhidmatannya melalui mata wang kripto agar mampu menyelaraskan urus niaganya.

Antara usaha utama yang dilakukan JPMorgan baru-baru ini adalah melengkapkan transaksi rentas sempadan menggunakan Polygon, iaitu penyelesaian skalabiliti Layer-2 rangkaian Ethereum (ETH) dan melancarkan kripto pertama yang disokong oleh bank AS, stablecoin JPM Coin.

Tambahan daripada itu, bank tersebut juga telah melancarkan platform blockchain yang diterajui bank pertama di dunia, Onyx bagi membangunkan produk, platform atau tempat pasaran.

Terdahulu sejak tahun 2017 lagi, Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) JPMorgan bukan sahaja berpendapat bahawa kripto adalah penipuan semata-mata malah mengugut akan memecat trader JPMorgan jika melakukan sebarang urusan berkaitan aset digital tersebut.

Namun, pendiriannya berubah selepas lembaga bank menyatakan rancangannya mengenai kripto pada awal 2021 dan menyaksikan sendiri bagaimana aset digital termasuk Bitcoin (BTC) yang terus berkembang sungguhpun parasaran berada dalam keadaan bearish.

Dalam pada itu, BTC dikatakan telah menunjukkan prestasi serta kedudukan yang kukuh walaupun terdapat beberapa isu seperti kejatuhan Terra atau krisis FTX yang telah menggegarkan pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat