Setelah Cetuskan Kontroversi, Facebook Lancarkan Projek Wang Digital Yang Diperbaharui!

433

Sebelum ini, Libra yang merupakan matawang kripto milik Facebook telah mencetuskan pelbagai kontroversi serta menerima kritikan daripada kebanyakan pihak sehinggakan rakan kongsi bagi matawang itu memutuskan untuk menarik diri iaitu MasterCard, Visa, PayPal dan Stripe pada Oktober tahun lalu. Selain itu, matawang itu didakwa membuka ruang kepada aktiviti pelanggaran undang-undang seperti pengubahan wang haram serta model perniagaannya adalah meragukan.

Pada 16 April yang lalu, Facebook telah melancarkan projek wang digitalnya yang telah diperbaharui serta memohon kelulusan untuk penggunaan matawang tersebut. Pembaharuan yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemampuannya sebagai salah satu matawang kripto dan mengurangkan gangguan terhadap sistem monetari global.

Seterusnya, rancangan pembaharuan itu telah diserahkan kepada pengawal selia Switzerland bagi menggantikan projek mereka pada tahun lalu yang ditentang oleh kebanyakan pemimpin monetari dunia. Melalui pembaharuan tersebut, stablecoin yang terpisah akan dilancarkan serta disatukan dengan wang tunai seperti dolar dan euro.

Menurut persatuan Libra, pembaharuan tersebut dilakukan setelah meneliti kritikan dan cadangan terhadap projek asal mereka sebelum ini. Terkini, mereka telah meminta persetujuan pihak berkuasa Switzerland untuk pembayaran digital dan merancang untuk mendaftar di Amerika Syarikat sebagai perniagaan perkhidmatan wang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat