Setelah Mendatar Penghujung Minggu Lalu, GBP/USD Kembali Teruskan Penurunan

358

Dalam ketidaktentuan Brexit yang berlanjutan, Pound Sterling terus menunjukkan kejatuhan nilai dagangannya dalam pasaran semasa.

Khususnya pada pasangan matawang GBP/USD, harga telah menjunam hampir 100 pips pada dagangan sesi pasaran New York semalam.

Laporan akhbar menyatakan parlimen British berkemungkinan mampu mencapai persetujuan dalam rundingan antara parti, namun keraguan terhadap kesepakatan tersebut terus menghalang dagangan GBP untuk mendapatkan kembali momentum kenaikannya semula.

Akhbar Guardian melaporkan dianggarkan sekitar 150 ahli parlimen dari pembangkang parti buruh bakal menolak perjanjian yang tidak mengandungi referendum.

Penganalisis berpendapat bahawa ramai pelabur yang melihat referendum kedua akan kembali memberikan gambaran yang positif buat Sterling semula.

Sementara dagangan USD masih mencari rentak untuk mengukuh semula namun faktor ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang mempengaruhi sentimen pasaran terus menyukarkan matawang tersebut.

Pasaran masih mengikuti perkembangan rundingan dagang di mana kini China pula dilaporkan akan membalas serangan tarif terhadap barangan Amerika ekoran tindak balas kepada kenaikan tarif oleh Amerika pada Jumaat lalu.

Diperhatikan dagangan GBP/USD semalam, harga yang menguji paras ketinggian Jumaat lalu di sekitar 1.30400 juga di paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, gagal membuat kenaikan lebih tinggi sebelum harga menjunam hampir 100 pips ke paras RBS (resistance become support) pada 1.29400.

Penurunan tersebut juga melepasi paras support MagicS1 dan MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum pergerakan harga mula mendatar dan harga ditutup di paras sekitarnya.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, pergerakan harga masih lagi mendatar dan bergerak di bawah paras Magic Pivot 1.2978.

Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah dari paras tumpuan 1.29400 semalam, penurunan harga dilihat akan turun sekitar 70 pips lagi menuju ke paras support 1.2879 (MagicS2).

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras penting pada 1.3000 akan diuji terlebih dahulu dan jika paras tersebut berjaya ditembusi, jangkaan kenaikan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras resistance 1.3078 (MagicR2).

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.2917, 1.2879, 1.2817.

Paras resistance: 1.3017, 1.3078, 1.3117.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat