Setelah Tergelincir, EUR/USD Meningkat Uji Semula $1.16000

303

Alamak! Baru sahaja ingin memberi bayangan untuk kembali memaparkan pengukuhan, matawang USD tampaknya sedikit terbantut ketika pembukaan sesi dagangan November pada semalam (Isnin).

Yakni yang mana pengukuhan itu direncatkan oleh pelabur yang dilihat mula mengambil langkah berwaspada menjelang data-data penting yang akan diterbitkan pada minggu ini khususnya melibatkan US dolar.

Meskipun data pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang mencatat bacaan positif, ia sama sekali tidak mampu menyokong USD dan terus memberi kesempatan kepada matawang Euro untuk sedikit mengukuh.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga nampaknya meningkat pada pembukaan dagangan November di awal minggu ini untuk menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1.16000.

Pergerakan harga juga tampaknya memulakan langkah pendakian ketika awal sesi Eropah dan terus menyambung kerancakan ke penghujung sesi dengan menghasilkan lonjakan melebihi 70 pips.

Kenaikan itu turut kembali menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun harga dilihat bergerak sedikit perlahan pada awal sesi Asia hari ini (Selasa) seperti dagangan semalam (Isnin).

Sekiranya harga berjaya terus disokong untuk melonjak ataupun ‘rebounce’ pada zon RBS 1.16000, pergerakan harga dijangka akan mencapai semula rintangan yang gagal ditembusi sebelum ini pada paras 1.17000.

Lonjakan tersebut juga akan menyaksikan harga memberi isyarat awal untuk perubahan trend serta berkebarangkalian pelabur mungkin akan melihat paras tertinggi 4 minggu yang terbaharu.

Namun jika harga hanya membuat LH (lower high) yang baharu, paras terendah 2021 sekitar 1.15300 dijangka akan kembali menjadi tumpuan sebagai paras utama yang bakal diuji sebelum harga menyusut lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat