Setelah Turun Menguji Zon Support, GBP/JPY Kembali Melonjak Lebih 150 Pips!

437

Sementara berita pasaran hari ini disaratkan oleh konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, tumpuan beralih sebentar pada dagangan matawang Eropah pada petang ini.

Sesi pasaran Eropah menyaksikan matawang Pound pamerkan pengukuhan pada awak sesi bermula menghangatkan lagi pergerakan aktif pasaran kewangan hari ini.

Walaupun mencatatkan peningkatan, pelabur tetap berwaspada menantikan keputusan mesyuarat di antara Boris Johnson bersama Ursula von der Leyen dan Michel Barnier berhubung isu Brexit.

Sementara itu, dagangan safe-haven Yen mula menunjukkan penyusutan semula harga. Kenyataan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan kembali menambah kehangatan isu yang semakin tegang buat masa sekarang.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY, harga memulakan dagangan pada sesi Asia hari ini dengan penurunan sekitar 120 pips menguji paras support 141.200 pada awal sesi bermula.

Namun harga kembali pantul membuat kenaikan semula lebih tinggi berbanding harga dibuka sehingga lebih 150 pips mencapai paras 142.600 pada sesi Eropah setelah menembusi halangan Moving Average 50 (MA50).

Kenaikan dilihat akan menguji paras ketinggian dagangan semalam sekitar paras 143.200 sebelum paras tumpuan pada zon SBR (support become resistance) akan menjadi pada kenaikan sedikit tinggi.

Seterusnya paras ketinggian pada 144.300 akan kembali diuji yang merupakan zon resistance harga pada dagangan penghujung Disember lalu.

Sekiranya harga kembali mempamerkan penurunan semula, paras support 141.200 yang diuji pada awal sesi Asia pagi ini akan kembali menjadi destinasi tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah dari zon support tersebut akan mencatatkan paras terendah baru pada carta GBP/JPY sejak dagangan November 2019.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat