Setuju Atau Tidak? Ini Pandangan Pakar Mengenai Kadar OPR Pada November

241

‘Setuju dengan pendapat pakar-pakar ni?’

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan diadakan pada 2 serta 3 November 2022, dan penganalisis mulai memberi pandangan mengenai dasar pengetatan negara.

Menurut satu tinjauan yang dijalankan Reuters, rata-rata penganalisis meramalkan BNM akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ke-4 berturut-turut dalam membendung inflasi dan menyokong mata wang.

Sebagai rekod, BNM mulai menaikkan kadar untuk pertama kali pada Mei walaupun ketika itu inflasi berada dalam paras sasaran 2%-3%.

Dan sejak kenaikan pertama kali tersebut, BNM sudah menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas.

Berbalik kepada berita asal, kadar inflasi bulan September jatuh dari 4.7% kepada 4.5% namun pengukuhan permintaan domestik dan bajet akomodatif meningkatkan risiko kedegilan peningkatan harga barangan.

Rentetan itu, 2 daripada 27 penganalisis menjangkakan BNM menaikkan 25 mata asas untuk mencapai OPR pada 2.75%.

Ulas salah seorangnya, Sanjay Mathur, asas tersebut dibuat berdasarkan ketidaktentuan polisi fiskal 2023 dan kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) yang mempengaruhi dolar.

Jadi beliau merasakan keperluan BNM untuk selarikan kenaikan kadar bagi menyokong semula nilai ringgit berbanding dolar.

Selain itu, 2 penganalisis lain meramalkan BNM menghentikan seketika kenaikan pada mesyuarat November memandangkan prospek ekonomi dilihat suram dan mengkaji semula kesan akumulatif kadar.

Dalam pada itu, 90% pakar ekonomi meletakkan unjuran BNM akan menaikkan kadar pada Q1 tahun depan dengan median ramalan pada 3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat