Shiba Inu (SHIB) & 2 Kripto Ini Patut Dilabur Untuk Jangka Panjang – CEO KuCoin

8,701

CEO KuCoin, Johnny Lyu berkongsi pandangannya berkaitan pelaburan Shiba Inu (SHIB) yang dilihat satu isyarat positif kepada mereka yang ragu-ragu dengan potensi aset meme ini.

Jelas Lyu baru-baru ini, SHIB sangat berbaloi untuk dijadikan pelaburan jangka panjang walaupun berhadapan dengan pembetulan harga.

Tambahnya, jumlah dagangan SHIB telah mengatasi rekod Bitcoin (BTC), sekurang-kurangnya tiga kali berturut-turut berdasarkan rekod bursa kripto.

Tidak cukup dengan itu, SHIB turut mencatatkan peningkatan jumlah dagangan bagi keseluruhan pertukaran spot hingga mengatasi rekod nilai pasaran Ethereum (ETH).

CryptoGlobe mendedahkan SHIB sebagai aset kripto ketiga paling popular di platform enjin carian Google, dengan rekod carian sebanyak 2.8 juta setiap bulan, diatasi Bitcoin sebanyak 22 juta dan Ethereum pula 6.3 juta.

Jika dibandingkan dengan nilai BTC yang jauh lebih mahal, pelabur lebih berpeluang untuk mendapatkan keuntungan melalui Dogecoin (DOGE) dan SHIB memandangkan kedua-dua aset tersebut sangat murah.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $64,710, DOGE dan SHIB masing-masing mencatatkan nilai $0.262 dan $0.000054.

Walaupun SHIB susut pada pertengahan Oktober, Lyu memberi jaminan bahawa dia lebih tertarik membuat pelaburan dalam SHIB, DOGE, dan BTC:

“BTC sebagai pelindung inflasi, token meme pula mewakili kuasa komunitinya.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat