Shiba Inu (SHIB) Ada Potensi Nak Cetus Fenomena Sekali Lagi?

367

Shiba Inu (SHIB) mengumumkan rancangannya dalam mengurangkan jumlah circulating supply dan pembangun SHIB akan memberi kemas kini lanjut tentang Shiba Eternity, permainan yang dilancarkan oleh pasukannya.

Komuniti SHIB sedang menunggu pasukan SHIB melancarkan permainan kad berasaskan blockchain tersebut di Australia.

Difahamkan, pembangunnya bukan sahaja bersedia untuk mendedahkan lebih lanjut tentang Shiba Eternity dan mekanisme pembakaran pada hari Khamis depan, malah komuniti SHIB akan membuat perbincangan projek itu di Twitter Spaces.

Pembangun yang akan memberi kemas kini tersebut akan dibuat oleh pengasas memecoin, pembangun utama Shytoshi Kusama dan pakar permainan William Volk.

Sementara itu, harga SHIB berada dalam keadaan penurunan sejak bulan lepas, namun harga memecoin berada pada $0.00001069 iaitu meningkat 0.92% dalam 24 jam lalu.

Sebagai rekod, pembangun SHIB juga sedang mengusahakan Shibarium, rangkaian blockchain lapisan-2 yang membantu pengguna serta pembangun untuk membina aplikasi dalam ekosistem blockchain.

Dalam pada itu, projek Shibarium membolehkan komuniti mendapat harga transaksi yang rendah untuk gaming.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat