Shiba Inu (SHIB) Bagi Amaran, CoinMarketCap Umpan Pelabur?

2,757

Shiba Inu (SHIB) beri amaran kepada para pelaburnya agar tidak tertipu dengan alamat kontrak pintar yang disenaraikan oleh CoinMarketCap baru-baru ini.

Berdasarkan twit rasmi Shiba Inu pada 14 Januari, difahamkan terdapat tiga alamat kontrak pintar palsu, sama sekali tidak sah untuk alamat SHIB dan selamat digunakan.

Alamat tersebut merangkumi Binance Smart Chain (BEP20), Solana, dan Terra.

Difahamkan jika pelabur tetap meneruskan pelaburan menggunakan alamat tersebut, ada risiko yang terpaksa ditanggung: pelaburan di dalam SHIB boleh lesap serta-merta.

Lebih parah, CoinMarketCap enggan berkomunikasi dengan pasukan SHIB berkaitan kemaskini dan dilihat membiarkan penyenaraian tersebut menjejaskan nama ekosistem tersebut.

Sementara dari pihak CoinMarketCap sendiri, mereka akui memang menyenaraikan tiga alamat tersebut. Tetapi, alama-alamat tersebut tidaklah bahaya seperti yang didakwa.

Sebaliknya alamat tersebut adalah untuk aset wrapped (wrapped tokens): “Langkah ini bertujuan untuk menyelaraskan pengalaman pengguna dan memudahkan transaksi rentas rantai.”

CoinMarketCap juga telah menjemput pasukan Shiba Inu untuk berhubung melalui saluran rasmi, yang turut menghubungkan kepada laman sokongan.

Ketika penulisan, SHIB didagangkan pada $0.00002941, susut lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat