Shiba Inu (SHIB) Cantas Polygon (MATIC), Bitcoin (BTC) Nantikan Data Inflasi

565

‘Menjelang bacaan data penting banyak reaksi pelik berlaku ye.’

Ketika artikel ini ditulis, Shiba Inu (SHIB) adalah antara aset paling untung susulan berlakunya sesi penjualan pada hujung minggu.

Melihat CoinMarketCap, SHIB mengungguli kedudukan ke-14 dengan nilai pasaran sebanyak $5.66 bilion untuk mengatasi Polygon (MATIC) di tempat ke-18 pada nilai pasaran sebanyak $4.5 bilion.

Sungguhpun begitu SHIB mempunyai volum dagangan 24 jam yang lebih rendah berbanding MATIC.

Menurut sumber, bilangan pemegang SHIB dilihat meningkat kepada $1.619 juta untuk mengatasi token FTX bagi pegangan terbesar mengikut dolar.

Ia merupakan satu berita baik yang mencerminkan peningkatan komunitinya semakin berkembang maju di sebalik latar belakang pasaran yang ‘negatif’ sejak beberapa bulan ini.

Namun, perkara tersebut tidak serta-merta memberi kesan kepada harga SHIB dan mungkin hanya reaksi awal terhadap minat jangka panjang dalam mata wang kripto.

Hal ini disokong dengan aliran SHIB yang tidak mengalami kenaikan harga ketara dalam hampir 2 bulan, di mana aset tersebut dilihat terhad kepada paras lower low dan low high sejak bulan Oktober.

Dalam pada itu, ibu kepada segala kripto Bitcoin (BTC) mempamerkan corak ‘hold’ menjelang bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengisyaratkan turun naik.

Semasa sesi dagangan Asia, BTC berada pada paras $19,500 dan tiada perubahan ketara sejak kejatuhan 11% minggu lalu.

Secara amnya juga pasaran global menjadi tenang seketika apabila pelabur mengambil nafas dalam kiraan detik terbitan data.

Ulas penyelidik Pepperstone Group, Chris Weston, andai bacaan inflasi di bawah 8.5% maka ia memberi senario bahawa dolar ‘turun secara universal’ sementara ‘kripto naik 5%’.

Suka untuk diingatkan bahawa faktor kenaikan kadar, keruntuhan Terra dan kejatuhan dana lindung nilai kripto oleh Three Arrows Capital telah menyebabkan BTC susut 58% pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat