Shiba Inu (SHIB), Helium (HNT), Secret (SCRT) & Curve (CRV) Mendominasi Pasaran Altcoins

1,695

Rabu menyaksikan raja kripto Bitcoin (BTC) berhadapan dengan pembetulan harga, didagangkan pada $60,778 susut lebih 3% dalam 24 jam dan 5% dalam seminggu.

Bagaimanapun terdapat beberapa altcoins mempamerkan pengukuhan harga, mengundang ramalan altcoin season sudah tiba.

Shiba Inu (SHIB)

  • Aset ini mendahului altcoin lain, mencatatkan peningkatan harga sehingga hampir 17% dalam 24 jam, menjadikan lonjakan hampir 72% dalam seminggu.
  • Walaupun SHIB sudah kecewa dengan pengakuan Elon Musk pada Isnin, aset ini tetap bertahan dengan pengukuhan yang luar biasa.
  • Dua faktor utama kepada lonjakan terbaru pada hari ini:
      • Pelancaran Shiboshi Social Club khas untuk pemilik Shiboshi NFT. Komuniti ini menawarkan ganjaran eksklusif untuk kesemua ahlinya.
      • SHIB disenaraikan di aplikasi perdagangan Public. Ia memiliki lebih 1 juta pengguna aktif dan menempatkan perdagangan matawang kripto dan ekuiti.

Helium (HNT)

  • HNT telah mencatatkan lonjakan harga sebanyak 16.29% dalam 24 jam kepada nilai dagangan semasa $25.13 pada pagi ini.
  • Lonjakan ini didorong oleh kerjasama bersama Dish Network semalam, bertujuan untuk meluaskan lagi rangkaian 5G.
  • Ini bermakna pelanggan Dish Network ditawarkan peluang untuk menjalankan nod Helium dan meraih HNT sebagai ganjaran perkongsian perkhidmatan 5G di kawasan mereka.

Secret (SCRT)

  • Ketika penulisan, SCRT mencatatkan nilai dagangan $8.22, melonjak lebih 1% dalam 24 jam.
  • SCRT dikhabarkan telah melancarkan non-fungible token (NFT) tidak dikenali (anonymous NFT) yang pertama di Secret Network.
  • Ada potensi untuk rangkaian ini bekerjasama dengan pasaran NFT global, OpenSea pada masa akan datang.

Curve (CRV)

  • Token CRV pamerkan pengukuhan harga dengan lonjakan lebih 61% sejak minggu lalu.
  • Bagaimanapun, ketika penulisan CRV sedikit susut, didagangkan pada $4.63.
  • Lonjakan CRV didorong oleh kerjasama dan integrasi yang berterusan di seluruh ekosistemnya, termasuk di rangkaian multiple layer-onedan layer-two.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat