Shopee Buat ‘Clearance Sale’ Pekerjanya Di Asia Tenggara!

1,193

‘Biasa buat clearance sale habis barang dalam inventori, kali ni habis hilang pekerja.’

Syarikat gergasi e-dagang, Shopee turut merasai kesan kegawatan ekonomi apabila terpaksa bertindak memberhentikan sejumlah pekerjanya merentasi pelbagai pasaran.

Difahamkan tindakan tersebut diambil dalam usaha merasionalkan semula perniagaan e-dagangnya, yang diapit masalah termasuk inflasi dan kadar faedah sehingga boleh menjejaskan sektor runcit serta penggunaan.

Menurut sumber, pasaran Asia Tenggara telah menjadi mangsa ‘clearance sale‘ tersebut dengan sejumlah pekerja di Indonesia, Thailand dan Vietnam telah diberhentikan.

Setiap pekerja dikatakan telah menerima notis pemberitahuan penamatan perkhidmatan menerusi e-mel dari syarikat.

Selain itu, cabang pembayaran Shopee iaitu ShopeePay dan perniagaan penghantaran makanan ShopeeFood juga turut menerima nasib yang sama.

Dikatakan bahawa hampir separuh jumlah pasukan pembayaran dan penghantaran makanan Shopee di Thailand telah terjejas ekoran tindakan tersebut.

Sumber berasingan pula menyatakan Shopee juga akan memberhentikan program pengambilan dan penawaran pekerjaannya di peringkat serantau.

Setakat ini masih tidak dapat dinyatakan secara jelas bilangan sebenar yang terjejas daripada tindakan pemberhentian pekerja tersebut.

Dalam pada itu, syarikat induk Shopee iaitu Sea Group memperlihatkan tanda-tanda peningkatan keuntungan melalui cabang permainannya, Garena.

Keuntungan suku pertama (1Q) 2022 Sea Group naik 64.4% tahun ke tahun pada $2.9 bilion dengan keuntungan kasarnya melonjak 81.3% pada $1.2 bilion bagi tempoh sama.

Sungguhpun perniagaan Shopee mengalami kerugian, pada asas tahunan Q1 syarikat meningkat 71.3% pada $1.9 bilion manakala nilai barangan kadar menambah 38.7% pada $17.4 bilion.

Margin keuntungan kasar Shopee juga mengembang dari tahun ke tahun dengan pertumbuhan pantas dalam yuran berasaskan urus niaga dan pendapatan pengiklanan berbanding perkhidmatan lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat