Si Samurai Mengganas! Ikuti Pergerakan Ekuiti Selepas ‘Intervention’ Jepun Semalam

168

Campur tangan (intervention) kerajaan Jepun dalam pasaran mata wang sehingga Yen melonjak tinggi berbanding dolar dilihat tidak memberi kesan besar kepada pergerakan ekuiti.

Hal ini kerana pelabur masih dibayangi kebimbangan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas FOMC serta berita mengenai ugutan Vladimir Putin untuk menggunakan kuasa nuklear sebagai tindak balas terhadap sekatan ekonomi.

Rentetan itu, Wall Street memperlihatkan indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.35% pada 30,076.68, S&P 500 hilang 0.84% pada 3,757.99 dan Nasdaq Composite  turun 1.37% pada 11,066.81.

Di zon Eropah pula indeks STOXX 600 hilang 1.79%,  ia ditutup di bawah paras 400 buat kali pertama sejak Januari 2021.

Tolok MSCI saham global mencapai paras terendahnya tahun ini sejak November 2020 apabila ia susut 1.04% sementara indeks MSCI pasaran baru jatuh 0.90%.

Pada rantau Asia, indeks S&P/ASX 200 Australia jatuh 1.16% selepas kembali daripada cuti panjang dengan Kospi Korea Selatan turun 0.68% dan Kosdaq susut 0.74%.

Pasaran Jepun pula ditutup bagi sambutan Perubahan Musim Luruh (Autumnal Equinox Day) dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun turun 0.18%.

Ringkasan mata wang pula menyaksikan Yen melonjak 4% pada 140.31 daripada 145.81 dalam masa kurang 40 minit semalam namun, pembukaan pagi ini ia didagangkan  pda 142.33.

Kejutan Yen yang membuatkan dolar melemah turut mendorong  Euro naik 0.01% pada $0.9839 serta sejumlah mata wang lain dalam pasaran.

Hasil Perbendaharaan 2 tahun mencapai paras tertinggi 15 tahun pada 4.135% sementara hasil 10 tahun menokok ke rekod tertinggi 11 tahun pada 3.702%.

Bagi komoditi, niaga hadapan Brent naik 63 sen pada $90.46 sementara minyak mentah Amerika Syarikat tambah 55 sen pada $83.49 dan niaga hadapan emas tambah 0.3% pada $1,681.10 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat