Siap Sedia Hadapi Fed, China Perkuat Pertahanan Mata wang Yuan!

184

China meningkatkan pertahanannya terhadap yuan yang merosot dengan pihak berkuasa mengeluarkan penetapan terkuatnya menjelang beberapa mesyuarat polisi bank pusat utama minggu ini.

Pada Isnin, People’s Bank of China (PBOC) telah menetapkan yuan pada 6.9396 berbanding dolar Amerika, lebih kuat daripada jangkaan.

Media kerajaan berkata minggu lepas bahawa syarikat tidak seharusnya bertaruh pada arah dan tahap pergerakan mata wang, kerana yuan pada dasarnya akan kekal stabil selepas susut nilainya baru-baru ini.

Peningkatan dalam pertahanan PBOC berlaku pada permulaan minggu yang dipenuhi dengan mesyuarat bank pusat global, di mana Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE) dijangka menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi.

Ini akan meletakkan dasar monetari China yang longgar lebih jauh berbanding bank pusat utama lain, satu langkah yang berpotensi menjejaskan daya tarikan aset dalam dominasi yuan.

Selain itu, PBOC juga menurunkan kos pinjaman 14-day reverse repo** kepada 2.15% daripada 2.25% dan meningkatkan suntikan tunai 2 bilion yuan bagi mengekalkan tahap kecairan yang stabil menjelang akhir suku ketiga.

**Reverse repo ialah pembelian sekuriti dengan perjanjian untuk menjualnya pada harga lebih tinggi pada tarikh dan masa yang tertentu.

Dalam pada itu pada hujung minggu, China telah meningkatkan pegangan terhadap perbendaharaan Amerika Syarikat buat pertama kali dalam 8 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat