Siap Sedia Trader! Ucapan Boris Johson Bakal Jadi Tumpuan

929

Ucapan Perdana Menteri UK, Boris Johnson pada hari ini akan menjadi tumpuan utama buat pelabur matawang pound yang mengharapkan beberapa langkah sekatan coronavirus akan mula dilonggarkan.

Setelah menyaksikan kejatuhan berterusan dalam kes dan kematian akibat coronavirus susulan pelaksanaan vaksinasi yang meluas di Britain, kerajaan akan mengambil langkah awal untuk keluar dari penutupan Covid-19.

Setakat hari Jumaat, Britain dilaporkan telah memberi vaksin kepada satu pertiga populasi dari golongan dewasa, yang mana jumlahnya lebih besar daripada yang dicapai di Amerika Syarikat dan Zon Eropah.

UK dijangka akan membuka semula ekonomi secara berperingkat setiap lima minggu, melalui pendekatan yang berhati-hati. Perincian mengenai kepulangan ke sekolah, perhotelan, dan kegiatan ekonomi lain kemungkinan akan diterbitkan pada hari ini.

Matawang pound kekal didagangkan mengukuh di sekitar paras ketinggian hampir tiga tahun pada awal sesi Eropah, walaupun pada awalnya ia mencatatkan sedikit penyusutan disebabkan peningkatan semula US dolar.

Dolar greenback kembali meraih sokongan pada awal sesi Eropah dengan mencatatkan kenaikan berbanding kebanyakan matawang utama, disokong oleh hasil perbendaharaan AS yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat