Siap Siaga Semua! Ini Tindakan Pertama Liz Truss Sebagai PM UK

336

Langkah pertama yang diambil Liz Truss sebagai perdana menteri baharu UK adalah mengehadkan kenaikan bil tenaga bagi mengurangkan beban rakyat daripada tekanan harga yang semakin mendalam.

Pada Khamis, Liz Truss akan mendedahkan rancangan tersebut yang dijangka menelan belanja sehingga £100 bilion, di mana bil tenaga isi rumah biasa mungkin dihadkan pada sekitar £2,500 setahun.

Buat masa ini, bil gas dan elektrik tahunan isi rumah biasa diramalkan meningkat kepada £3,549 daripada £1,971 pada bulan Oktober.

Lonjakan dalam pinjaman kerajaan untuk membiayai pakej sokongan serta janji Truss untuk mengurangkan cukai telah menggegarkan pasaran kewangan, yang melihatkan mata wang pound menjunam ke paras terendah sejak 1985 pada Rabu.

Menurut Deutsche Bank, rangsangan harga tenaga dan pemotongan cukai yang dijanjikan Truss boleh menelan belanja sehingga £179 bilion, atau kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan UK semasa pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, pakar dan badan amal telah memberi amaran bahawa tanpa bantuan dengan bil tenaga yang tinggi, nyawa akan terancam pada musim sejuk ini kerana ramai yang bergelut untuk membayar kos saraa hidup asas harian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat