Siap-siap Eropah! Ini Amaran Sebelum Rusia Tutup Bekalan Gas

879

Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol memberi amaran Rusia mungkin akan menghentikan pembekalan gas ke Eropah pada musim sejuk ini.

Walaupun penutupan sepenuhnya bukanlah senario yang benar-benar akan berlaku, tetapi beliau memberi peringatan bahawa Eropah perlu menyediakan pelan kontingensi sebagai langkah berjaga-jaga.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat negara-negara Eropah yang mendakwa bahawa bekalan gas yang diterima dari Rusia berkurang dengan ketara daripada dijangkakan.

Moscow mengatakan pengurangan tersebut berlaku akibat masalah teknikal yang dihadapinya, namun Eropah menganggapnya sebagai alasan Rusia untuk mengurangkan bekalan.

Fatih Birol memberitahu bahawa beliau percaya Rusia akan terus mencari isu yang berbeza untuk mencari alasan bagi mengurangkan lagi penghantaran gas ke Eropah dan mungkin juga memotong sepenuhnya.

Pada minggu lepas, aliran gas asli melalui Nord Stream 1, salah satu saluran paip utama dari Rusia ke Eropah, hanya 40% daripada kapasiti.

Sebelum perang Rusia di Ukraine meletus, Moscow merupakan pengimport utama gas kepada Eropah yang menerima kira-kira 40%. Namun, angka tu kini telah jatuh kepada kira-kira 20%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat