Siap-siap Semua Pelabur! 3 Bank Pusat Bakal Gegar Pasaran Minggu Ini

529

Menghiasi pasaran pada awal minggu adalah dagangan US dolar yang positif dengan tumpuan pelabur terarah kepada mesyuarat polisi tiga bank pusat utama minggu ini.

Bacaan yang lebih kuat dalam data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat pada Jumaat lalu telah mengurangkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan kadar faedahnya.

PCE yang menjadi pilihan utama Fed untuk ukuran inflasi, meningkat 0.5% pada September sejajar dengan kenaikan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Sementara dalam tempoh 12 bulan hingga September, indeks harga PCE meningkat 6.2%, selepas meningkat pada tahap yang sama pada bulan Ogos.

Ini kembali menguatkan jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas oleh Fed pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Satu lagi fokus utama pelabur USD pada minggu ini adalah laporan pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat yang pastinya akan memberi impak tinggi pada pasaran.

Pada masa yang sama, tumpuan turut disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang akan berlangsung pada sesi New York Khamis, di mana ia juga dijangka akan menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas.

Mata wang pound didagangkan stabil pada sekitar paras ketinggian mingguan, masih mengekalkan keuntungan yang diraih susulan pelantikan Rishi Sunak sebagai Perdana Menteri baru UK.

Bagaimanapun, sebelum mesyuarat kedua-dua bank pusat tersebut, pelabur akan menyaksikan keputusan polisi daripada Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa yang dijangka akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Ekoran jangkaan itu, dolar Aussie didagangkan sedikit rendah daripada keuntungan yang dicatat minggu lalu selain turut terkesan dengan sentimen menyuramkan susulan berita mengenai .

Di sisi lain, yen diniagakan lemah selepas susut 1% pada minggu lalu berikutan keputusan mesyuarat Bank of Japan (BOJ) yang mengekalkan dasarnya dan Gabenor Haruhiko Kuroda terus menawarkan kenyataan dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat