Siapa Sangka Kematian Queen Elizabeth Beri ‘Nafas’ Kepada BOE

168

‘Boleh kira hadiah terakhir daripada Permaisuri yang paling disayangi rakyat England.’

Pemergian pemerintah paling lama Britain, Queen Elizabeth II pada minggu lepas bukan sahaja memberi ruang penangguhan kenaikan kadar faedah tetapi mengurangkan tekanan kepada Bank of England (BOE).

Ulas Jawatankuasa Dasar Monetari pada Jumaat lepas, keputusan penting kadar faedah yang dijadualkan pada minggu ini telah ditunda kepada 22 September.

Ini bermakna pada tarikh tersebut bukan sahaja terdapat pelaksanaan kenaikan kadar oleh BOE malah dari FOMC di Amerika Syarikat (AS),  Jepun dan Switzerland.

Jelas Jawatankuasa Dasar Monetari lagi, keputusan dibuat bagi memberi ruang kepada tempoh berkabung atas kematian Queen Elizabeth dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan kepada BOE.

Umumnya BOE telah melaksanakan kenaikan kadar bulan lalu, kenaikan tertinggi dalam 27 tahun, dalam mengawal inflasi.

Pada mesyuarat minggu depan, pelabur menjangkakan BOE melaksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 2.25% iaitu paras tertinggi sejak Disember 2008.

Dengan kenaikan kadar akan mengurangkan wang dalam pasaran, pelabur juga terus berteka-teki bagaimana ia dapat membantu Britain mengawal inflasi yang disebabkan oleh isu global.

Krisis tenaga disebabkan konflik Rusia menjadi faktor utama kebimbangan BOE dan Gabenor Andrew Bailey tanpa segan silu menyalahkan Vladimir Putin yang dikatakannya akan membawa Britain kepada kemelesetan.

Tidak dilupakan juga bahawa idea Perdana Menteri Liz Truss tentang pelan tenaganya boleh ‘mengubah pendirian’ BOE memandangkan ia bercanggah dari kelaziman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat