Siapa Sangka Seorang Lagenda Tenis Mampu Beri Nasihat Tentang Pelaburan!

672

Andy Roddick, merupakan seorang bekas pemain tenis profesional Amerika Syarikat yang berusia 38 tahun. Beliau telah berkecimpung dalam sukan tenis pada tahun 2000 ketika baru berusia 17 tahun.

Seterusnya, ketika berusia 21 tahun, beliau berjaya memenangi perlawanan terbuka Amerika Syarikat dan berjaya merangkul gelaran pemain nombor satu dunia!

Pada ketika itu, Andy memperoleh hadiah wang tunai sebanyak $20.6 juta sepanjang kerjayanya dalam sukan tenis. Sehubungan dengan itu, jurulatihnya menasihatkan beliau agar bijak menguruskan kekayaannya.

Oleh yang demikian, beliau mula memberikan tumpuan kepada pengurusan kewangannya dan mencari jalan untuk menyumbang sesuatu buat masyarakat. Rentetan daripada itu, Andy menubuhkan sebuah yayasan kebajikan yang diberi nama Andy Roddick Foundation.

Yayasan tersebut bertujuan untuk membantu kanak-kanak pada luar waktu bilik darjah bagi mempelajari subjek sains, seni, sukan serta mendedahkan kepada mereka tentang ilmu celik kewangan.

Tambahan daripada itu, Andy juga merupakan seorang pelabur yang berjaya. Semasa krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2008, beliau mula melabur dalam hartanah sedangkan pada ketika itu orang ramai memilih untuk menjual hartanah.

Kini, beliau dikenali sebagai seorang pelabur yang memiliki kira-kira 70 hartanah!

Berdasarkan pengalaman dan pencapaiannya, Andy menasihatkan supaya golongan muda mula menyimpan dan melabur. Selain itu, beliau menegaskan bahawa setiap individu yang ingin berbuat demikian mestilah sentiasa menerapkan sifat disiplin dalam diri dan melabur mengikut kemampuan.

Di samping itu, beliau menggalakkan agar generasi muda merangka pelan pelaburan mereka pada setiap bulan. Hal ini demikan kerana pelan tersebut akan membantu setiap pelabur untuk sentiasa fokus kepada pelaburan yang dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja! Andy turut mencadangkan agar para pelabur melabur untuk jangka masa panjang serta mengelakkan diri daripada terlalu beremosi ketika menjalankan pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat