Siapakah Gerangan Broker Saham Wanita Termuda Di Bursa New York Ini?

497

Lauren Simmons merupakan graduan bidang genetik dari Kennesaw State University, Georgia. Pada peringkat awal, beliau memilih untuk bekerja dalam bidang kaunseling genetik. Namun begitu, beliau sedar bahawa kerjaya tersebut bukanlah minatnya.

Hakikatnya, Simmons sangat meminati nombor sejak berada di bangku sekolah lagi. Menurutnya, nombor adalah bahasa universal. Oleh itu, beliau mengimpikan kerjaya dalam bidang kewangan.

Demi mengejar cita-citanya, beliau telah berpindah ke New York dan tinggal bersama neneknya.

Berdasarkan kelulusan yang dimiliki, Simmons berhadapan dengan kesukaran kerana tidak mempunyai apa-apa asas tentang kewangan. Beratus-ratus permohonan yang dibuat telah ditolak. Akan tetapi, beliau tidak pernah kenal erti putus asa.

Berkat kesungguhan dan usaha yang ditunjukkan, beliau telah ditawarkan untuk bekerja di Rosenblatt Securities yang dimiliki oleh Gordon Charlop.

Pada Mac 2017, Simmons perlu menduduki satu peperiksaan, Series 19 yang diwajibkan untuk melayakkan diri sebagai broker di Bursa Saham New York. Peperiksaan tersebut merangkumi prinsip dan konsep dalam kewangan. Selain itu, hanya 2 per 10 calon akan lulus dalam Series 19.

Apa yang menakjubkan ialah beliau telah lulus dalam peperiksaan berkenaan pada percubaan kali pertama walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan dalam bidang kewangan. Hebat!

Kini, Lauren Simmons yang baru berusia 23 tahun dikenali sebagai broker saham termuda di Bursa Saham New York! Selain itu, beliau turut bercita-cita untuk menjadi seorang ketua pegawai eksekutif atau naib presiden sebuah syarikat terkemuka suatu hari nanti.

Meskipun, kerjaya di Bursa Saham New York dipelopori oleh kaum lelaki, Simmons telah berjaya membuktikan bahawa dengan usaha dan kesungguhan yang jitu, kaum wanita juga mampu untuk melakukannya!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat