Siemens Energy Salahkan Rusia Sebagai Punca Kerugian Syarikat

617

‘Bagai ditelan mati bapak, di luah mati emak. Nak keluar tak dapat tenaga tapi bila kekal kena caj tambahan pula.’

Rentetan daripada krisis perang Ukraine, Siemens Energy mengenal pasti caj €200 juta sebagai punca terbesar dalam kerugian bersih syarikat pada 2022.

Pembekal peralatan kepada sektor kuasa dari Jerman tersebut berkata kerugian bersih 2022 dijangka melebihi catatan €569 juta tahun lepas dan caj €200 juta akan dilaporkan sebagai item khas.

Perkara ini secara kasar dilihat melepasi unjuran kerugian bersih 2022 yang ditetapkan syarikat.

Umumnya, rentetan daripada krisis Ukraine dahulu Siemens telah mengambil keputusan untuk berundur daripada pasaran Rusia namun mereka dikatakan tetap bersedia menyelenggara turbin saluran paip gas Nord Stream 1.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif, Christian Bruch bahawa syarikat merancang untuk menjual atau menghentikan operasi di Rusia namun ia bukan perkara remeh yang boleh dibuat sambil lewa.

Di sebalik rancangan tersebut, Bruch turut menegaskan bahawa syarikat akan terus mengekalkan turbin yang beroperasi di stesen pemampat Nord Stream 1 Portovaya andai pelanggannya iaitu Gazprom mahukan.

Suka diingatkan Nord Stream 1 mampu menampung atau mengangkut 1/3 daripada eksport gas Rusia ke Eropah namun sejak krisis timbul dan beberapa masalah akibat sekatan ia hanya mampu beroperasi sebanyak 20% sahaja.

Dalam pada itu, Bruch dilihat menggariskan juga kelemahan berterusan di bahagian turbin angin Siemens Gamesa sebagai penghalang kepada keputusan suku tahunan syarikat.

Menurut laporan Siemens Games sedang merancang untuk membuang hampir 2,500 pekerja atau 9% tenaga kerja syarikat sementara ia terus bergelut dengan harga bahan mentah yang tinggi dan kelewatan produk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat