Sinar Buat Pelabur – Ini Sebab Pasaran Optimis Terhadap Sektor Pekerjaan!

542

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran catat paras terendah senjak pandemik melanda pada minggu lalu seiring dengan pemulihan aktiviti ekonomi  yang rancak dan peningkatan vaksinasi. Ini memberi indikasi bahawa sektor pekerjaan semakin pulih.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 348,000 untuk minggu yang berakhir pada 14 Ogos, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Angka ini merupakan suatu yang positif kerana tuntutan pengangguran telah turun sebanyak 29,000 dari minggu sebelumnya iaitu dari angka 365,000 kerana pasaran pekerjaan berkembang selari dengan pertumbuhan ekonomi.

Bacaan terendah terakhir sejak pandemik ialah pada 14 Mac 2020 dimana pandemik Covid-19 baru sahaja melanda seantero dunia mmenyebabkan ekonomi berada dalam fasa kemelesetan.

Sejak dari itu, rakyat Amerika yang menganggur telah meningkat adalah sebanyak 22 juta dan kadar pegangguran melonjak ke 14.8%. Walubagaimanapun, pada tahun ini sektor pekerjaan telah berada di atas landasan pemulihan.

Jumlah tututan berterusan menunjukkan penurunan tajam dengan merosot 79,000 sehingga 2,82 juta.US dolar masih didagangkan kukuh berbanding matawang utama dengan kukuh 0.23% kepada 93.358. .

Dalam masa yang sama, pasaran masih mengambil sikap berhati-hati berikutan penularan varian Delta Covid-19 yang telah menyebabkan beberapa kawasan menerapkan semula sekatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat