Sinar Emas Memancar Pada Paras $1,800

580

Dagangan emas meninggi pada pembukaan dagangan awal minggu disokong oleh penyusutan mata wang gergasi US dolar.

Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu diperdagangkan meningkat pada sekitar harga $1,803 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,810 per auns.

US dolar susut mendadak pada awal minggu, dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang lebih baik dan kelembapan dalam data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE).

Data pada hari Jumaat menunjukkan perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat meningkat 0.1% pada bulan November, menurun daripada peningkatan 0.4% yang dicatatkan pada Oktober.

PCE, adalah ukuran utama inflasi buat Federal Reserve (Fed) di mana harga dikira mengikut jumlah perbelanjaan setiap item yang memberikan pandangan penting tentang gelagat perbelanjaan pengguna.

Kemerosotan yang dicatatkan secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa tekanan inflasi di negara itu semakin mereda dan mungkin memaksa Fed mengurangkan langkah kenaikan kadar yang akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat