Sinar Harapan Atau Setakat Bargain-Hunting? Ikuti Dilema Ekuiti Pagi Ini

126

Pelabur yang mempertaruhkan pelonggaran sekatan di China dan harapan bank pusat Amerika Syarikat (AS) untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah telah memacu lonjakan ekuiti dan penyusutan dolar.

Aset berisiko tampak menjadi pilihan menjelang pilihan raya Kongress di AS, sementara pasaran dilihat mengetepikan data import serta eksport China yang lemah dan bacaan indeks harga pengguna (CPI) Khamis yang dijangka tinggi.

Ekoran itu, Wall Street mengakhiri sesi dagangan dengan Dow Jones Industrial naik 1.31%, S&P 500 tambah 0.96% dan Nasdaq Composite canak 0.85%.

Indeks STOXX 600 Eropah lonjak 0.33% dan tolok MSCI saham global menokok 1.14%.

Pergerakaan ekuiti Asia pagi ini memperlihatkan aliran positif dengan Nikkei 225 Jepun naik 0.71%, Topix tambah 0.69%, Kospi Korea Selatan canak 0.68% dan S&P/ASX 200 Australia lonjak 0.34%.

Mengulas keadaan pasaran adalah penganalisis kanan Convera, Joe Manimbo, bahawa di sebalik faktor pilihan raya AS, pelabur sebenarnya mengharapkan data ekonomi yang lemah cukup unuk memperlahankan dasar pengetatan.

Tambahnya, pasaran sangat mengharapkan Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan kenaikan kadar termasuk mempertaruhkan pertumbuhan ekonomi AS sedikit lemah bagi memberi ruang perubahan kepada pendirian bank pusat tersebut.

Selain itu, beliau juga memetik laporan pekerjaan bulan Oktober yang lemah boleh menjadi faktor penurunan kepada inflasi dan secara tidak langsung menambah selera pelabur terhadap aset berisiko dalam jangka masa pendek.

Dalam pada itu, pakar strategi Tradition London iaitu Stephane Ekolo mengatakan pasaran mencari sebab untuk membeli pada aset berisiko termasuk spekulasi pelonggaran sekatan di China walaupun pegawai kesihatan Beijing menafikannya.

Suka diingatkan bahawa spekulasi mengenai pelonggaran sekatan di China telah menjadi daya tolakan kepada dolar untuk menyusut pada akhir sesi dagangan minggu lepas dan pemangkin lonjakan pada ekuiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat