Siri Pendakian Harga Buat EUR/USD Sudah Tamat Atau Belum?

401

Data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan pada Selasa menunjukkan sektor perkhidmatan beroperasi dengan baik dan telah menyokong peningkatan nilai mata wang Euro dalam pasaran.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan kenaikan ke paras tertinggi terbaru lagi minggu ini susulan US dolar juga yang turut bergerak lemah sejak awal minggu.

Namun, kenaikan harga dilihat terhalang pada paras zon rintangan 1.19000 sebelum pengukuhan semula US dolar susulan minit mesyuarat FOMC diterbitkan.

Pengukuhan US dolar sehingga penghujung sesi New York telah kembali menekan semula harga dari zon SBR (support become resistance) 1.1900 untuk menutup dagangan sekitar 1.18650.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pada Khamis. Namun, pelabur mula berwaspada untuk kemungkinan penurunan harga yang boleh berlaku selepas US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan belum memberi isyarat lebih jelas untuk memulakan trend bearish semula.

Sekiranya penurunan harga berlaku, pelabur akan menjangkakan penurunan harga ke zon RBS (resistance become support) 1.18000 yang telah menyokong lonjakan harga pada Selasa lalu.

Zon support lebih rendah pada 1.17200-1.17000 akan menjadi destinasi tumpuan untuk penurunan yang diteruskan.

Sebaliknya jika harga masih menyambung siri kenaikan harga sejak awal minggu, zon SBR 1.19000 akan ditembusi sebelum harga menuju sehingga ke paras 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat