Sistem Pembayaran ‘Berevolusi’ – Syarikat Ini Mula Benarkan Pengguna Dapatkan Barangan Runcit Guna Kripto!

305

Perkhidmatan penghantaran barangan runcit berasaskan UAE YallaMarket pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat mereka telah mula menerima mata wang kripto sebagai jkaedah pembayaran.

Dilaporkan pada masa ini, syarikat hanya menerima stablecoin Tether (USDT) dan USD Coin (USDC) sebagai bentuk pembayaran kripto. Selain itu, syarikat tersebut turut merancang untuk menerima pelaburan kripto daripada rakan kongsi dan para pelabur di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Bukan itu sahaja. YallaMarket juga merancang akan membayar gaji dalam aset digital pada masa hadapan.

YallaMarket merupakan syarikat perkhidmatan penghantaran barangan runcit yang paling pesat berkembang di Dubai. Dengan penawaran pilihan pembayaran alternatif kripto, ia akan memberi manfaat kepada para pelanggan mereka. Ditambah pula perkembangan kripto di UAE semakin pesat.

Leo Dovbenko, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama YallaMarket, menegaskan syarikat itu percaya pada teknologi blockchain dan mata wang kripto. Perkembangan kripto akan turut memberi manfaat kepada YallaMarket.

Perkhidmatan penghantaran barangan runcit telah bekerjasama dengan CoinMENA, bursa kripto patuh Syariah yang berpangkalan di Bahrain dalam melancarkan pilihan pembayaran berasaskan kripto.

Talal Tabbaa, Ketua Pegawai Eksekutif CoinMENA, percaya penerimaan pembayaran kripto pada masa hadapan akan lebih berleluasa. Sebelum ini, perkhidmatan penghantaran barangan runcit telah mengumumkan rancangan mereka untuk melebarkan sayap ke Arab Saudi dan Qatar.

Populariti dan permintaan yang semakin meningkat untuk kripto, NFT, dan metaverse telah mendorong kerajaan untuk memperkenalkan peraturan dan dasar mesra kripto. Beberapa bursa pertukaran kripto terkemuka termasuk FTX, Binance, dan BitOasis telah memilih untuk membuka pejabat di UAE.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat