Situasi Brexit Buatkan Pemain Pasaran Hilang Arah! Ini Sebabnya!

241

Rundingan perdagangan pasca-Brexit tidak berjaya mencapai apa-apa kesimpulan pada hari Isinin. Pada ketika ini, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) berada dalam rundingan fasa terakhir untuk merapatkan jurang perbezaan dan menacpai kesepakatan menjelang tarikh akhir 31 Disember.

Telah terdapat peningkatan kebimbangan berlakunya situasi ‘no deal’ dalam kalangan pasaran. Hal ini menyebabkan rundingan terus dilanjutkan dengan lebih giat antara kedua-dua belah pihak.

Perdana Menteri Ireland, Michael Martin mengatakan pada hari Ahad bahawa kebarangkalian terjadinya kesepakatan adalah 50-50. Bank pelaburan JPMorgan pula mengatakan kebarangkalian terjadinya ‘no deal’ adalah sebanyak 1/3.

Matawang Pound susut lebih daripada 1% kerana kebimbangan bahawa perjanjian perdagangan yang berjumlah bernilai $ 1 trilion setahun menemui kegagalan.

Menurut sumber dari Kesatuan Eropah (EU), kedua-dua pihak dikatakan mempunyai semua syarat kecuali mengenai tahap akses kapal EU ke laut dalam zon ekonomi eksklusif 200 batu di UK dengan tempoh peralihan untuk perubahan secara berperingkat antara lima hingga tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya telah dilaporkan oleh kerajaan Britain yang mengatakan kedua-dua pihak masih belum mencapai kesepakatan dalam isu perikanan, tidak seperti yang didakwa oleh Brussels.

Menteri Luar Negeri Ireland Simon Coveney mengatakan bahawa ketika ini tidak banyak laporan positif yang dapat dikongsikan kerana halangan untuk mencapai kesepakatan masih ada.

Disisi lain, Perdana Menteri UK Boris Johnson telah menyatakan kesediaan untuk meninggalkan EU tanpa kesepakatan kecuali EU mengubah tuntutannya.

Matawang pound sterling didagangkan rendah sebanyak 1.26% berbanding US dolar pada paras tukaran 1.3268 setakat jam 8.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat