Situasi Pasaran Terkini Telah Mengheret Bursa Saham Dow Jones Kehilangan 328 Mata Asas Pada Bulan Ogos!

746

Pasaran saham global mengalami kejatuhan besar pada hari ini berikutan kejatuhan hasil bon global. Hal ini menyebabkan pasaran semakin khuatir dengan kelembapan ekonomi global.

Bursa saham Dow Jones jatuh lebih 328 mata atau 1.3%. Bursa S&P 500 jatuh 0.9%, manakalah Bursa Nasdaq jatuh 0.6%. Sepanjang bulan ini Bursa Dow Jones dan S&P 500 telah jatuh lebih 4% dan Nasdaq telah jatuh 4.8% pada bulan Ogos.

Para pelabur telah mengalihkan pelaburan mereka kepada pelaburan safe havens, seperti emas. Pada hari ini, emas telah mencatat peningkatan pada paras tertinggi 6 tahun lalu.

Menurut pakar ekonomi, Peter Cardillo- pasaran bon semakin jatuh manakala pasaran emas semakin meningkat. Ini menunjukkan kekhuatiran pemain pasaran terhadap impak perang dagang. Lanjut beliau, para pelabur harus berwaspada dan berhati-hati dalami situasi ketika ini.

Hasil bon 10 tahun telah jatuh keparas terendah sejak 2016.

China pada hari ini telah membenarkan matawang yuan jatuh dibawah paras terendah 10 tahun lalu berbanding US dolar dan telah membuatkan berlaku sell-off dalam pasaran Wall Street.

Disisi lain, beberapa bank pusat seperti New Zealand, India dan Thailand telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat