Situasi Perang Dagang Yang Semakin Berisiko Menghantar Harga Bitcoin Melebihi $11,000 Seunit!

521

Setelah harga bitcoin menyusut untuk beberapa minggu, akhirnya pada hari ini harga Bitcoin mecatat peningkatan harga melebihi paras $11,000 buat pertama kali sejak pertengahan Julai. Disisi lain aset berisiko mengalami kejatuhan harga berikutan ketegangan perang dagang.

Harga bitcoin naik 14% pada hari Jumaat dan meneruskan peningkatan pada hari Isnin sebanyak hampir 9%. Setakat jam 10.40 p.m, harga bitcoin mencatat paras harga $11,771 seunit.

Menurut sebahagian penganalisis dengan keadaan pasaran yang berisiko, melabur matawang crypto bukanlah idea yang buruk. Lanjut mereka, Bitcoin semakin hari tidak dilihat sebagai pelaburan untuk masa depan tetapi sebagai pelindung nilai untuk masa kini.

Berdasarkan data lepas, Bitcoin menunjukkan korelasi yang rendah dengan aset-aset kelas lain. Sejak beberapa hari ini, pergerakan bitcon berlawanan dengan saham-saham Asia. Keputusan Trump untuk mengenakan tambahan tarif sebanyak 10% ke atas $300 billion barangan import China bermula September 1 telah menghantar kebanyakkan saham jatuh.

Menurut Charles Yang, harga Bitcoin akan memembusi $12,000 seunit dan beliau percaya isu makro menjadi faktor pendorong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat