Situasi Terkini Penularan Wabak Covid-19 Di Amerika Syarikat Semakin Merisaukan? Ini Kesan Terhadap US Dolar!

1,898

Pada hari Ahad lepas, pegawai kanan pentadbiran Amerika Syarikat berpendapat bahawa A.S sedang melalui minggu yang paling sukar dalam krisis Covid-19 dimana jumlah kes kematian semakin melonjak naik.Walaubagaimanapun masih ada sinar harapan bagi kawasan New York dengan kes kematian yang semakin bertumbuh perlahan.

New York yang merupakan salah satu pusat penularan wabak Covid-19 dilaporkan bahawa kes kematian buat pertama kali jatuh pada hari Ahad. Setakat ini New York telah mencatat 600 kematian baru dan lebih 7,300 kes baru di New York.

Walaupun New York telah menunjukkan kejatuhan kes kematian, namun hal sebaliknya berlaku di Louisiana yang mencatat penularan wabak dengan marak, dimana kes kematian telah meningkat hampir 500 dan lebih daripada 13,000 kes telah dicatat. Tempat-tempat seperti Pennsylvania, Colorado dan Washington, D.C., juga mula melihat peningkatan dalam kes kematian.

Setakat semalam, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, seramai 9,633 orang telah meninggal dunia berikutan wabak Covid-19 dan sebanyak 337,072 kes jangkitan telah dicatat.

Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata pada hari Ahad bahawa sebanyak 50% kejatuhan berjaya dicatat berbanding 24 jam sebelumnya. Bagi
Dr. Anthony Fauci, pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan berkata bahawa ia mengambil usaha berminggu-minggu untuk memperlahankan penularan wabak.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.10% kepada paras 100.770 setakat jam 09.55 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat