Skim Pelaburan FXUnited Akhirnya Tumpas Di Tangan Polis, Kerugian Mangsa Sehingga RM1 Billion

7,314

Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan forex yang dipercayai melibatkan kos jumlah wang sehingga RM1 billion.

Pada Sabtu lalu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan telah berjaya menangkap tiga orang suspek yang bergelar Datuk. Antara yang dirampas dalam serbuan tersebut adalah kerata sport, motosikal berkuasa tinggi, beg berjenama, dan juga jongkah emas.

Suspek ini ditangkap berikutan skim pelaburan forex, FX United iaitu salah satu broker dagangan tukaran matawang. Suspek dilaporkan menggunakan nama syarikat yang sah berdaftar bagi mengelirukan mangsa dan juga aktif membuat seminar untuk memperkenalkan skim pelaburan yang dianjurkan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membuat majlis tandatangan perjanjian bagi menampakkan skim ini supaya boleh dipercayai.

Daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, dipercayai hampir 70,000 mangsa yang terlibat ditipu oleh skim pelaburan FX United.

Mangsa dijanjikan pulangan pelaburan 12% sebulan yang mana amaun pelaburan minimum adalah RM3,000. Ada yang dilaporkan mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.

Polis setakat ini telah membekukan 38 akaun bank dan menyita sebuah banglo bernilai RM5 juta.

Dalam laporan pada Rabu, polis masih mencari dua orang suspek bergelar Datuk masing-masing berumur 55 dan 56 iaitu Datuk M Pandeyan isterinya Datin CF Gouri yang kini dipercayai berada di luar negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat