SKMM: Harga Permulaan Broadband Internet Turun Sebanyak 30%

1,465

Usaha kerajaan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan internet berkelajuan tinggi pada harga yang murah nampaknya berhasil dengan pengumuman yang dibuat oleh SKMM pada Ahad. Campur tangan khususnya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menghasilkan penurunan harga jalur lebar talian tetap (broadband) sebanyak 30%.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata penguatkuasaan penurunan harga jalur lebar mengikut Standard Mandatori bagi penetapan harga akses (MSAP) pada Jun lepas telah berhasil.

SKMM pada Ahad telah mengeluarkan kenyataan dan turut mengumumkan harga pakej terbaru yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.

Jika dilihat seperti kenyataan di bawah, rata-rata syarikat telko telah menawarkan harga jalur lebar talian tetap kurang daripada RM100 dengan kelajuan yang lebih tinggi.

“Penurunan harga adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyediakan kualiti perkhidmatan berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang murah.”

Jika dilihat kepada semua penyedia perkhidmatan telko, TIME adalah penyedia perkhidmatan terbaik setakat ini. Mereka menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan paling tinggi dengan harga yang berpatutan. Anda boleh lihat senarai pakej oleh syarikat telekomunikasi seperti di bawah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat