Smooth Love Potion (SLP) Meroket 176% Selepas Pengumuman Ini!

448

Barisan pembangun permainan berasaskan blockchain atau play-to-earn (P2E), Axie Infinity (AXS) ada buat perubahan terhadap sistem ganjaran bagi mengimbangi semula ekosistem projeknya.

Difahamkan pihak mereka akan mengurangkan kadar pengeluaran token Smooth Love Potion (SLP), sekitar 45 juta SLP setiap hari.

Sebelum ini, daily quest yang diperkenalkan adalah untuk menggalakkan pengguna bermain Axie Infinity setiap hari. Namun, keadaan berada di luar kawalan apabila penghasilan SLP sebagai ganjaran pemain meningkat dari yang dijangka.

Dijangka penurunan akan berlaku terhadap jumlah SLP, mungkin sehingga 56%.

Walaupun perubahan ini merupakan tindakan yang agak agresif, sekurang-kurangnya mereka sudah pun mengelak daripada keruntuhan seluruh ekonomi.

Reaksi harga AXS dan SLP

Harga SLP mencatatkan peningkatan sehingga lebih 176% dari paras terendah harian (3 Februari), $0.0087 kepada paras tertinggi harian $0.024 (8 Februari).

Bagaimanapun ketika penulisan, SLP didagangkan sedikit rendah, mencatatkan nilai $0.02 dengan peningkatan hampir 6% dalam 24 jam.

Tetapi untuk AXS, aset ini mencatatkan penurunan lebih 3% dalam tempoh yang sama, didagangkan pada $65.23 selepas melonjak lebih 56% dari paras $46.19 (3 Februari) ke paras $72.09 (7 Februari).

Rombakan baru?

Pasukan pembangun Axie Infinity juga merancang untuk mewujudkan dana hadiah bernilai $6 juta dan memperkenalkan rombakan terhadap struktur ganjaran permainan.

Rekod musim ke-19, Axie Infinity telah mengedarkan sebanyak 3,000 AXS kepada beberapa pemain handal berdasarkan leaderboard.

Kali ini, ganjaran tersebut telah meningkat kepada 117,676 untuk 300,000 pemain teratas bagi musim seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat