So Sweet! Hubungan Akrab Malaysia-Indonesia Naik 43.5%

363

‘Tolong antara satu sama lain ni bagus nilai dia.’

Hubungan Malaysia-Indonesia kekal utuh dengan dagangan import dan eksport antara negara meningkat 43.5% pada RM95.1 bilion tahun lepas berbanding catatan semasa 2020.

Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), jumlah eksport ke Indonesia melonjak 32.5% pada RM39.22 bilion sementara nilai import pula meningkat 52.3% pada RM55.88 bilion.

Ia turut menandakan Indonesia adalah rakan dagangan ke-7 terbesar Malaysia di peringkat global sementara merupakan ke-3 terpenting dalam rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, pengarah urusan Axon Consultancy Sdn Bhd Low Jiun Jack yang menganjurkan persidangan Business Strategy Analysis Indonesia 2022 di Matrade Exhibition & Convention Centre menerangkan kepentingan perhubungan kedua negara tersebut.

Ulasnya, Indonesia adalah negara pertama yang difokuskan untuk perancangan dan pelaksanaan strategi perniagaan bersama.

Hal ini kerana Indonesia mempunyai banyak peluang perniagaan kepada Malaysia dan beliau menjangkakan eksport bernilai RM30 juta boleh dijana melaluinya dalam tempoh 2022 hingga 2023.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat