Solana (SOL) Sedang ‘Panaskan Enjin’ Untuk Cantas Cardano (ADA)!

623

Solana (SOL) kembali memaparkan pergerakan yang mampan untuk menebus penyusutan yang direkod sejak minggu kedua September dan kebanyakan minggu pada Oktober dengan lonjakan lebih 50% dalam seminggu.

Pada Jumaat, SOL menghampiri paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang pernah direkod pada 9 September – $214.96, menyentuh $213.78.

Ketika penulisan, SOL kembali didagangkan pada $200.24 dengan lonjakan 1.43% dalam 24 jam. Ini menjadikan SOL hanya perlukan lonjakan hampir 7% untuk mencatatkan ATH terbaru.

Faktor yang mendorong kepada peningkatan mendadak ini berpunca daripada beberapa pengumuman rangkaian, termasuk pengundian umum IGNITION Hackathon yang berlangsung pada 31 Ogos – 8 Oktober 2021.

Solana boleh dikatakan gambaran tepat ‘pembunuh’ Ethereum kerana berjaya menarik lambakan projek dengan kelebihan rangkaiannya dan mungkin mampu mencantas kedudukan Cardano (ADA).

Rekod year-to-date (YTD) menunjukkan ADA meraih keuntungan lebih 1,936%. Manakala SOL mencatatkan lonjakan harga yang lebih tinggi dengan kadar 10,868%.

Ketika SOL mencatatkan lonjakan harga sehingga $200 daripada $1.49 pada 1 Januari, ADA pula cuma merekodkan pergerakan harga yang sederhana bermula $0.17 kepada $2.14. Manakala Ethereum (ETH) mencatatkan lonjakan sehingga $4,132 daripada harga terendah $714 dengan lonjakan lebih 500%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat